Sunday, December 16, 2018

BBM3410/18 : Selamat Datang 2019 !

Selamat pagi semua. 

Hai..... Apa khabar ? 
Semoga sihat semuanya 😄. 

Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar tak sedar. 
Disember ini semakin cepat meninggalkan kita semua untuk menuju ke tahun 2019. 

Jadinya, dengan kehadiran tahun 2019 ini. Aku telah menghasilkan satu kalendar 2019 yang unik dan cantik. 

Haaaa ini lah hasil karya aku:





Haa amacam kalendar yg aku hasilkan. Baik tak baik ? Hahahahaha . 


Harap korang semua enjoy. Bye semua . Jumpa lagi tahun depan . Hahahaha 


BBM3410/18 : MukaBuku

Hai semua .
Harini aku nak kongsikan beberapa kepingan gambar beserta kapsyen aku di media mukabuku.

Nahh .....



Haaa nampak tak kemesraan aku dengan Prof. Sweet tak kami berdua. Hahahaha jgn jeles ye korang. Kahkahkah

Okaylahhh . Setakat itu sahaja.

Thursday, December 6, 2018

BBM3410/18 : Tweet & Retweet

Hai semua .

Saya nak kongsikan ragaman rakan-rakan saya dalam laman sosial Twitter. Haaa... Mari kita saksikan... 



Haa setakat ini sahaja saya kongsikan . Heee ✌️

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah


Hai semua

harini saya nak berkongsi tentang nota video tanpa wajah. semoga bermanfaat.

1. Pilih lagu dan papan cerita
- Ini adalah langkah paling terpenting dalam proses membuat video ini. Papan cerita seharusnya berkait dengan lagu supaya ia dapat memberikan satu penyampaian yang menarik kepada penonton.

2.  Pilih titik Fokus
- Titik fokus dalam video ini harus ditekankan kerana ia akan memberi kelainan dan menarik minat penonton. pemilihan objek seperti tangan atau jari. selain itu, bentuk seperti barangan juga bole diberikan sebagai pengganti bagi objek yang berlainan.

3. Sudut Rakaman.
- Ini adalah proses terpenting dalam pembuatan video. Hal ini demikian kerana, sudut rakaman yang menarik dapat menghasilkan rakaman yang menarik dan cantik. Jadi, pemilihan sudut ini sangat memainkan peranan dalam menghasilkan sudut pandangan yang dinamik dan menarik.

4. Suntingan
- Dalam proses menghasilkan video, proses ini adalah proses yang terakhir kerana proses ini yang akan menyunting dan menggabungkan video yang diambil dan disunting bagi memberikan satu sentuhan yang menghasilkan visual yang dinamik dan berkualiti.

Okay. itu sahaja perkongsian saya pada kali ini.

BBM3410/18 : Video One Shot ( Rakaman)


Hai semua. 

posting kalini akan berkongsikan tentang pembikinan Video One Shot. Semoga Ilmu yang dikongsikan sangat bermanfaat.

Definisi One Shot 

One Shot (1S) adalah arahan pengarah untuk mengarahkan kamera ke objek yang dikehendaki. Biasanya, pengambilan video dalam bentuk medium shot yang tertumpu pada objek dalam orang ramai.

Video One Shot terbahagi kepada tiga :
  • One Shot One layer
  • One Shot Two layer
  • One Shot Three layer

One Shot One layer
  • Dalam proses membuat video ini, kita hanya berfokus pada latarbelakang yang kosong dan hanya objek yang terlibat .
One Shot Two layer
  • Rakaman ini hanya dibuat berdasarkan 2 lapisan yang melibatkan pergerakan tanpa ada gangguan dari sebarang pembentuk pergerakan yang lain dibelakang objek yang berfokus. contohnya, lapisan pertama penyanyi dan lapisan kedua adalah penari.
One Shot Three layer
  • Penghasilan rakaman ini berdasarkan 3 lapisan yang merangkumi 2 lapisan sama seperti one shoot two layer, tetapi ditambahkan dengan satu lapisan lagi dalam pergerakan yang spontan.
okay itu sahaja perkongsian pada kali ini.

BBM3410/18 : Papan Cerita ( Pembikinan )


Hai semua . 
Selamat membaca ya .....

Kenal Papan Cerita 


Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk, sebelum melakukan aktiviti multimedia, papan cerita ada perkara yang perlu diambil kita terlebih dahulu. ia merupakan perkara wajib dalam multimedia kursusnya untuk membuat animasi. Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia. setiap lakaran yang ada pada skrin aplikasi multimedia mesti ada papan cerita. Dalam melakar papan cerita kita perlu mengaplikasi konsep reka letak agar setiap rekaletak itu memberi fungsi yang baik pada setiap paparan multimedia tersebut. Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan aplikasi multimedia.


Tujuan Papan Cerita Dibangunkan

Gambaran kasar perisian dan panduan utama kepada pengarangan perisian.
  • Gambaran bagaimana setiap skrin dikaitkan dgn skrin seterusnya. 
  • Gambaran bagaimana setiap objek berfungsi dalam skrin


Langkah-langkah Membangunkan Papan Cerita 

1. Susun semua maklumat dan elemen media. 

2. Mengkaji rasional memilih media tersebut. 

3. Membuat carta alir (flowchart) atau garis panduan skrin secara umum. 

4. Penulisan teks untuk papan cerita di peringkat awal. 

5. Menyemak kesesuaian kandungan dengan konteks yg ingin disampaikan. 

6. Membina hubungan maklumat daripada 1 papan cerita kepada yang lain. 

7. Mengkaji semula carta alir dan papan cerita yg dihasilkan.


Kepentingan Papan Cerita 

 Membantu kita merancang animasi dari 1 gambar ke 1 gambar lain 

 Membantu untuk meletakkan unsur-unsur mendebarkan dan menarik 

 Membolehkan kita membuat sebarang perubahan aksi sebelum memulakan proses animasi 

 Mempersembahkan ‘storyboard’ kepada orang lain untuk mendapatkan maklum balas tentang idea      tersebut


Jadi selamat mencuba untuk mebina papan cerita anda .... semoga berjaya sahabat !


BBM3410/18 : Asas Grafik ( Nota )


Hai semua. 
Apa Khabar ? Harap semuanya sihat. 

Okay..

Harini saya akan kongsikan satu nota ringkas yang berkaitan dengan Asas Grafik.

Anda tahu apa itu grafik ? Jadi marilah kita sam-sama menyelami dan memahami, semoga ilmu yang diberikan bermanfaat. 

Grafik boleh didefinisikan sebagai sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau menggunakan teknologi komputer. Seni grafik berkomputer digunakan secara meluas dalam dunia kejuruteraan, industri berat, animasi dan perfileman. Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin komputer.

Prinsip Grafik 

Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah, kesesuaian, penegasan, dan pengulangan. 

(Warna & Teks)

Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan perbezaan-perbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi (teks). Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar dan, warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.

Keseimbang 

Kesimbangan merupakan susun atur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Keseimbang menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian visual, sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu timbangan yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Malahan, kesimbangan juga  mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi bentuk atau kedudukannya. Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian.

Mudah

Mengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan. Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan 
perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.

Kesesuaian

Kesesuaian merupakan elemen yang berkaitan bersama dikumpulkan supaya berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah. Elemen-elemen yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan. Mereka perlu saling melengkapi antaran satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang disampaikan. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan anak panah, garisan, bentuk, warna, tekstur dan ruang.

Penegasan 

Penegasan diberikan untuk menjadikan sesuatu idea tumpuan minat dan fokus utama. Penggunaan bentuk, warna, bentuk, garisan, hubungan, dan perspektif dapat menegaskan idea agar dapat dilihat dan difokus.

Nah.. inilah kesemua prinsip asas grafik yang perlu kita memahami bagi menghasilkan gambaran grafik yang menarik. terima kasih 

Sunday, November 18, 2018

BBM3410/18 : Janganlah Takut Untuk Sendiri

Hai semua.
Harini kita tukar selera sikit. Aku nak kongsikan coretan dari seberang Indonesia yang amat aku minat.

Jadi aku akan terus kepada nukilan tersebut.
Janganlah takut untuk sendiri. Inginlah menjadi seperti mereka yang pandai dalam menjaga. Menjaga hati, perbuatan, dan pandangannya. Sayangnya memanglah sulit untuk menjadi peribadi seperti mereka, terlanjur sulit hingga akhirnya hati ini lebih memilih melihat mereka yang lain yang memperlihatkan kewajaran atas apa yang dilakukannya. Menurutnya itu menyenangkan, membahagiakan, ini hanya untuk mengisi waktu lapang saja, dan juga agar lebih bersemangat lagi dalam belajar. Sungguh, niat yang baik akan tersilap jika dilakukan dengan cara yang tidak baik. Kita tahu mana yang terbaik, tapi kesalahan yang dibalut dengan kesenangan akan perlahan menang, dan kebaikan yang sesungguhnya menjadi sirna. Perlahan dan selamanya akan hilang, tidak berbekas di palung hati.

Semoga aku, kita dan mereka menjadi peribadi yang diidam-idamkan para calon penghuni syurga. Mari berusaha, sebab syurga itu bukan murah.

Aamiin.

Coretan daripada : Panji Ramdana


BBM3410/18 : Diam Membisu

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham artinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM…

Kredit : bingkisanrindu

BBM3410/18 : Prof Selebriti

Apa khabar semua.

Aku malas nak buat mukadimah.....


Jadi akunak bagi tahu rupa-rupanya Prof selalu menghiasi wajahnya di kaca TV atau sudah menjadi popular.

Aku ingatkan Prof ku ini hanya orang akademik sahaja, rupanya golongan selebriti juga. hahahahaha.... macam tak caya je kan...

Haaaa ... untuk tidak lari dari cerita sebenar, Prof kami ni telah bekalkan tugasan yang sangat mencabar. Bukan calang-calang tugasan pada waktu ini.

Memandangkan tugasan ini bertujuan untuk menggantikan hari isnin yang tiada kelas dan kami diberi tugasan online .

Tugasnya apa? Tak lain tak bukan Prof mengejutkan kami dengan kehadirannya dalam kaca televisyen.


Tv Al-Hijrah menjemput beliau sebagai tetamu undangan untuk membicarakan tajuk berkaitan Martabat Bahasa Melayu.

Itulah tugasan kami mesti mengambil gambar Prof dan memuat naik dalam instagram.

Stail dan moden tugasan kami pada kali ini.

Dengan itu, takjub dan bangganya kami pada Prof di atas curahan ilmu kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sekian. 



BBM3410/18 : Ragaman Kau

Aku baru je terjebak dengar lagu ni. Waktu sesat kat kubur Cina hari tu.

Pada mulanya aku dengar lagu ni disebabkan muzik dia. Tetapi setelah aku tonton video klip dia, barulah aku faham 100% apa mesej sebenar lagu ini.

1. Kalau nak hidup berdua, banyak ragam yang akan kita kena hadapi. Bagi seorang lelaki seperti aku, walaupun masih bujang dan pernah bercinta dan putus dan pergi jahanam, aku tafsirkan ragaman perempuan yang selalu buat lelaki tak keruan.
2. Perempuan ni sebenarnya dia sendiri pun tak faham diri dia tapi dia mintak lelaki faham dia. Ini adalah antara masalah terbesar yang kaum lelaki kena belajar dan hadap sampai mati.
3. Perempuan tak reti nak berterus terang. Merajuk, suka pendam, berkias. Ada masalah lebih suka cari kawan-kawan. Jadi korang dah tahulah kenapa 99% kuman dekat KRT itu adalah perempuan.
4. Perempuan sangat sensitif. Hal-hal kecik akan dianggap besar. Bila lelaki gagal untuk faham benda ni, 99% perempuan akan anggap lelaki tu tak hargai dia.
5. Perempuan sebenarnya faham. Tetapi jarang nak buat-buat faham. Sebagai contoh dia tahu kita penat, dia ajak keluar. Nanti bila dah jumpa dia akan cakap "kesian kan awak penat".
6. Bila dengan lelaki yang dia sayang, nak buka peti ais pun tak larat. Bila takda lelaki dia, Gunung Everest pun dia daki.
7. Perempuan cakap lain, tapi dalam hati lain. Cakapnya selalu menyakitkan hati, tapi dalam hati masih sayang. Mintak putus, minta cerai, padahal dia nakkan perhatian. Tetapi yang ajaibnya diorang ni, kalau dah putus ke apa, mudah sangat dia dapat pengganti baru . Macam minum air tebu ikat tepi.
8. Perempuan kalau dah sayang, spender kau pun dia rasa wangi. Tetapi kalau dia dah mula benci, sabun dettol pun dia cakap bau kaki.
9. Perempuan selalu betul.

Kesimpulan dia, aku faham apa yang Faizal Taher nak sampaikan melalui mesej lagu ni. Sabar, sabar, sabar. Sebab bila dia tiada, kita akan merindui segalanya tentang dia. Nikmat bercinta, hidup berdua sampai tua akan dikenang bila tiba hari tua kelak. Nak nak kalau salah seorang pergi dahulu. Waktu itulah baru kita tahu yang tuhan dah hadirkan seorang malaikat untuk jaga kita walaupun hanya untuk sementara.

Tahniah adalah ucapan ikhlas dari aku untuk sebuah karya yang genius seperti ini. Yang lari dari tipikal lagu-lagu zaman sekarang.

Kredit : Farhan Ismail

BBM3410/18 : 5 Prinsip Bahagia

Hai semua.

Semua orang nak kan hidup ini bahagia. Oada mereka, kebahagian itu mampu memberikan kepuasan hati dan kegembiraan dalam diri mereka. Jadi kat sini aku ade gariskan beberapa  
PRINSIP BAHAGIA.

1. Bahagia bukan apa yang kita miliki, tetapi apa yang kita rasai. Sebab itulah orang miskin yang tak ada apa-apa pun boleh berasa bahagia.

2. Apabila kita benar-benar yakin Allah swt beri rezeki, kita akan buat apa yang betul. Kalau Allah swt sudah tentukan itu rezeki kita, tak ada siapa yang boleh ambil. Usah takut manusia dajalkan bisnes kita. Kita akan lebih rasa bahagia apabila kita mampu letakkan diri di bawah naungan Allah swt.

3. Kita tak akan rasa bahagia jika bergantung dengan manusia untuk beri kita rezeki. Semua manusia ada kepentingan. Apabila kita sudah tidak penting kepada dia, dia akan tinggalkan kita. Usah “cium tangan” orang untuk hidup.

4. Dalam hidup, kita kena ada “higher purpose.” Soal diri kita, apakah matlamat akhir kerja kita. Kalau setakat nak kejar pangkat, harta dan nama, semua itu tak ke mana-mana. Apabila kita bekerja dengan ada “higher purpose,” kita akan bahagia. Usah stress dengan perkara-perkara kecil dan tak penting.

5. Kalau kita buat bisnes untuk dapat rumah besar dan kereta besar, kita akan dapat rumah besar dan kereta besar. Kalau nasib lebih baik, dapat isteri besar. Sebaliknya kalau kita buat bisnes untuk membawa kebaikan kepada manusia, kita akan dapat bahagia.

BBM3410/18 : Sendirian

Hidup ini ....

Ada masa kita rasa sendirian. Lemah dan tidak kuat. Hilang punca ketabahan dan kecekalan. Tidak tahu kepada siapa mahu mengadu, siapa yang mampu menyelesaikan masalah kita.

Akhirnya air mata menitis, jiwa hiba, rasa ingin berputus asa.

Sebenarnya demikianlah hakikatnya bila seseorang teruji. Dia akan teraba-raba. Kerana dia hanya manusia biasa. Punya perasaan yang boleh terganggu, punya minda yang boleh terkacau.

Demikianlah Allah menceritakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 214, apabila difirmankan bahawa Rasul dan orang-orang yang berada bersama Rasul sendiri, saat teruji dengan dugaan tersangat hebat, mereka juga hingga bertanya: "Bilakah mahu datangnya pertolongan Allah?" sedangkan mereka sangat tahu bahawa pertolongan Allah akan datang. Hingga mereka perlu diingatkan dengan ayat: Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Tetapi di sinilah juga penawarnya.

Rasul dan orang-orang yang bersamanya ialah golongan yang punya iman. Walaupun saat mereka teruji mereka juga mungkin disergah rasa lemah dan ketakutan, tetapi iman akan mengembalikan kekuatan.

Apabila diingatkan bahawa pertolongan Allah amat dekat, iman mereka memberikan respon positif, lantas memunculkan kekuatan yang tadinya tenggelam sebentar dek fitrah manusiawi.

Di sini peri pentingnya kita mendidik diri dengan iman. Supaya iman dan keyakinan itu akan mampu menjadi pemujuk dan cahaya saat kita galau dan teraba-raba. Ya kita akan resah, kita akan gelisah, kita akan ragu-ragu, tapi jika kita beriman, itu semua akan berlalu.

Kita akan berlari ke arah keimanan. Meninggalkan galau dan duka, lemah dan putus asa. Sangka baik kepada Tuhan dan keyakinan bahawa Dia ada akan menjalar jiwa. Kekuatan mula menyapa.

Kita akhirnya akan mampu sedar,
kita tidak bersendirian sebenarnya.

Muhasabah.

BBM3410/18 : Macau Scam

Hai semua.
Harini aku akan kongsikan beberapa modus operandi Macau Scam.


Kronologi modus operandi MACAU SCAM:

1. Call mangsa, menyamar sebagai pegawai mahkamah, beritahu akaun anda diguna untuk pengedaran dadah.
2. Transfer call kepada 'pegawai polis'
3. Pegawai polis berteriak kononnya untuk ambik fail mangsa
4. Mengesahkan kes.
5. Takutkan mangsa dan minta mangsa kosongkan akaun.
6. Wang mangsa diminta transfer ke akaun penjenayah.
7. Takutkan mangsa jangan beritahu sesiapa
8. Kena 'lapor diri' kepada mereka setiap 2 jam

Jadi di sini aku ingin mengingatkan kepada rakan-rakan di luar sana. Tolong hindarkan diri anda untuk berkongsikan maklumat diri anda dengan orang yang tak dikenali.
Anda mampu mengubahnya !

Sekian.

Credit : Twitter @ Hazrey

Saturday, November 17, 2018

BBM3410/18 : Lelaki Suka 10 Ayat Ini

Nak kahwin pun susah. Semua mahal bro. Lakilah yang biasa akan pening migrain kepala mikirkannya. Pst! Laki suka dengar 10 ayat ni;

1. "Awak, kita buat majlis kahwin gabung je la. Lagipun rumah kita dekat-dekat je kan. Tetamu pun orang yang sama jugak. Jimat 50% kos."

2. "Tak payah buat kenduri belah lakilah ye. Abah rasa, kita buat yang belah pompuan je. Belah kita, buat kenduri doa selamat cukup."

3. "Along, untuk belanja kenduri kahwin nanti jangan risau, abah dan mak dah sediakan duit awal-awal sejak kamu lahir 25 tahun lepas."

4. "Ucu, kau takyah pening. Kanopi Kaklong sponsor, kambing golek Angah sponsor, pelamin, photobooth Kak Lang sponsor."

5. "Untuk duit hantaran awak takyah risau. Ayah sayang kata, ikut sekati abanglah. Ayah tak kisah sangat pun. Mas kahwin je pun takpa."

6. "Awak, duit kahwin nanti kita simpan sama-sama ya. Kesian saya tengok awak kerja kuat. Susah senang bersama, kan. Auwww."

7. "Man, kamu jangan risau. Pak cik akan sponsor sepenuhnya. Bertuah pak cik dapat menantu baik dan hensem macam kamu ni."

8. "Awak, saya terima awak seadanya. Awak jangan buat personal loan pulak untuk majlis kahwin kita. Kita buat simple-simple je."

9. "Thanks bang sebab bagi kitorg kakak ipar yang baik, solehah, lemah lembut, pijak semut tak mati. Cantik cun melecun pulak tu bang."

10. "Abang, saya bukan barang boleh dijual beli. Cinta kita tak ternilai. Abang sudi jadi imam saya pun, saya dah rasa bahagia gila ya amat."

Bahagia sungguh orang laki kalau dapat calon bakal isteri, bakal mertua macam tu. Boleh dah mula berangan. Berangan tu kan percuma.

Tapi tabung kahwin kena buat jugak sebagai back up. Jangan mengharap benda yang tak pasti. Kalau dapat, rezeki kau lah.

Kau terus suruh makwe dan tunang kau baca posting ni tanpa was-was. Kalau takda calon, klik je SHARE. Mana tau kot jodoh kau terbaca.

Haha!

Sekian.

Sumber : harithfaisal.

BBM3410/18 : Rumah Pertama


Anak muda ramai yang teruja nak sediakan modal untuk beli rumah pertama, sampai lupa asingkan untuk tabung kecemasan juga.

Mula-mula kau kena kira berapa simpanan kecemasan kau kena ada. Biasanya 3 bulan gaji. Gaji RM3K, kena simpan RM9K.

Kemudian, kau kena decide nak beli rumah harga berapa. Katakan RM200K. Jadi, kau kena sediakan modal RM200K x 15% = RM30K.

RM9K + RM30K = RM39K. Dah ada RM39K tu bolehlah kau buru rumah pertama kau. Biar lambat sikit, asalkan selamat. Gitu!

Sebenarnya, 15% modal tu pun belum tentu cukup. Kalau rumah subsale, kau kena standby duit nak repair apa-apa yang patut juga.

Kalau nak beli rumah lelong dah pasti kau kena standby 30% daripada harga menang nanti. Memang banyak kos. Ikut nasib jugalah.

Kalau rumah undercon yang dah siap, kau kena standby duit untuk pasang grill, lampu, kipas, kitchen kabinet, perabot dan lain-lain.

Kalau rumah undercon yang baru nak mula pembinaan biasanya modal tak banyak pakai sekarang. Ikut pakej developer lah.

Ada projek yang cuma sediakan RM5K dah boleh secure unit. Ada juga yang kau kena setelkan 10% siap-siap masa sign SPA nanti.

Apa yang saya nak lebih tekankan kat sini pasal simpanan kecemasan tu sebenarnya. Ramai yang tak ambil kisah.

Jadi, sebaiknya jangan beli rumah dulu kalau simpanan kecemasan 3 bulan kau belum ada. Kita tak tau bila kita akan cemas tu.

Simpanan kecemasan 3 bulan gaji susah nak buat? Kalau itu pun susah bagi kau, baik kau tak payah beli rumahlah. Teruskan menyewa.

Okaylah, kalau kau tak nak buat 3 bulan simpanan kecemasan pun, kau buatlah 1 bulan punya. Sekati kaulah. 

Haha!

#RumahPertama
#HarithFaisal
SHARE jika bermanfaat.

BBM3410/18 : Lion Air

Secebis Nota Buat; LA JT 610.

Untuk hati-hati yang telah bertemu Illahi dalam nahas burung besi, moga tenang di sana. Sayang, kamu semua pergi tanpa mengetahui hayat kamu telah tamat.
Seperti aku, akan teruja jika ingin terbang ke awan biru bersama burung besi tapi siapa tahu penentuan hidup kita. Tiada siapa yang dapat jangka melainkan Dia ! Dengan perasaan gembira memegang boarding pass hendak ke satu tempat bertemu keluarga tersayang atau menyambung pelajaran dan melaksanakan tugas, tapi nasib pengakhiran hidup di tangan Tuhan. Ajal lebih dulu menjemput dari tanah yang ingin di tuju.

Barisan yang memenuhi laluan ajal di airport waktu itu tetap tenang tanpa mengetahui 13 minit selepas penerbangan, mereka sudah tidak bernyawa. Tiket yang mereka tempah sebulan sebelum atau sehari sebelum sebenarnya adalah tiket kematian. 189 ajal dijemput Tuhan sekaligus tanpa menyelamatkan satu nyawa pun. Kerana sudah ajal, tiada apa yang dapat melawan ketentuanNya.
Wahai jiwa yang jatuh dalam lautan Tuhan, moga ketenangan milik kalian. Doaku, moga semuanya bersama Tuhan menemui kebahagiaan.

Ucapan Safe Flight diucapkan kerana ada nyawa yang tidak pasti sampai ke tanah tujuan atau terus terbang bertemu Tuhan.

Tenanglah dikau di sana.


BBM3410/18 : Seminggu Berhari Raya

Assalamualaikum wbt semua .

Berjumpa lagi kita dalam posting kali ni.  Okay.... aku nak kongsikan satu cerita yang menarik berkaitan tugasan multimedia kali ini. Haaa... kali ini kami semua diberikan tugasan dengan melakukan parodi video muzik lagu yang dipilih. Kumpulan aku memilih lagu Seminggu Berhari Raya. 

Haaa... ia nampak macam mudah tetapi kerja agak rumit sebab kena ikut rentak dan irama lagu.
Macam macam ragam ahli kumpulan aku menyanyikan lagu tersebut dengan aksi jenaka yang kelakar. Hahahaha. Tapi apa pun agak susah bila kita nak edit video rakaman tersebut. Agak renyah proses edit video kerana kita perlu samakan muzik lagu dengan suara penyanyi tersebut. 

Jadi setelah berhempas pulas mengedit video lagu ini. Maka inilah hasilnya video dari kumpulan aku. Harap semua dapat berhibur dengan video kumpulan aku. 



BBM3410/18 : R & Y Homestay

Hola semua . 
Ape Khabar semua. Harini aku nak promosikan Homestay dari keluarga terdekat aku. 


Haaa kalau ade sesiapa yang rancang nak ke Melaka? Jom menginap di R&Y Homestay. Kami menawarkan kemudahan penginapan yang SELESA, BERSIH dan MENENANGKAN bagi semua pengunjung yang datang menginap di sini (BERAGAMA ISLAM SAHAJA). Berhadapan dengan laut Selat Melaka, homestay dua bilik termasuk tiga bilik air ini turut menawarkan ruang tamu yang luas, kelengkapan memasak, peti sejuk dan mesin basuh sesuai untuk percutian keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, perayaan mahupun menghantar anak-anak ke pusat pengajian.

Selain itu, bagi pelanggan kami yang berkeluarga besar, maksimum 15 orang sahaja dibenarkan menginap di homestay ini. Jika lebih 15 orang, anda dinasihatkan mengambil pakej homestay dan tiga bilik chalet yang turut ada disediakan (harga boleh dirunding dengan pemilik). Kemudahan lain (homestay) yang disediakan termasuklah:
* 2 bilik tidur (berhawa dingin beserta tandas)
* Kerusi rehat di ruang tamu
* Meja Makan
* Dapur memasak
* Cerek elektrik
* Pinggan Mangkuk serta cawan
* Tempat Pembakar Bbq
* Seterika dan papan seterika
* Tilam dan bantal tambahan
* Sejadah dan Telekung
* Tuala Mandi (terhad untuk 4 helai sahaja)
* Sabun Mandi, sabun basuh pinggan
Destinasi berhampiran sekitar RNY Homestay:

1- Pusat Penetasan Penyu Karah, Pengkalan Balak
2- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara
3- RTC Melaka, Kuala Linggi
4- Kompleks Ikan Bakar Terapung, Kuala Sungai Baru.
5- Fort Supai, Kuala Linggi
6- Restoran Terapung Ikan Bakar Fort Supai
7- Akademi Laut Malaysia (ALAM)
8- Kolej Matrikulasi Londang
9- Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
Info jarak perjalanan:
7 km dari bandar Masjid Tanah
12km dari Kuala Linggi
22 km dari bandar Alor Gajah
30 km dari Bandaraya Melaka
Harga :
Homestay = RM 250/ semalam
1 Bilik = RM 100 / RM150 semalam
(harga diatas boleh dirunding sekiranya pelanggan menginap dua hari atau lebih dengan kadar penjimatan yang berbaloi)
Masa Check In : 2.00 petang
Masa Check Out : 12.00 tengahari
Tunggu apa lagi?? Boleh hubungi Hj Yusof /
Pn Rohana
06 3843997 @ 017- 6146484


Friday, November 16, 2018

BBM3410/18 : Syantik Gila

Bila mana buka Joox, aku memang terkejut lagu "Syantik Gila" ni berada pada carta teratas dalam masa yang begitu singkat. Aku pun cuba nak dengar, sedap sangat kah.
Bila dengar, aku tak mampu nak teruskan. Aku tak mampu habiskan lagu ini apabila sampai pada si lelaki ini menyanyikan liriknya yang berbunyi "aku hanya seorang wanita, aku hanya ingin di manja". Sumpah geli.
Lirik ini diteruskan dengan "ku tak peduli orang bercerita, aku memang paling jelita". Lagilah aku rasa nak termuntah kejelikan.
Tahniah lah, bagi peminat dan mereka yang suka menzikirkan lagu ini. Pemikiran kalian dah makin terbuka. Haa tepuklah, dengarlah, menyanyi lah puas puas. Buat lah cover, parody, itu semua diperlukan.
Mungkin lepas ni si Safiey ni akan dijemput membuat persembahan di konsert konsert, dijemput ke konti radio, lagunya dijadikan lagu program orientasi.  Dan kalian bolehlah bertepuk tangan menyanyi bersama.
Korang buatlah. Aku? Sorry geli geleman.



Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18 : Biar Gambar Berbicara

Assalamualaikum sahabat .
Hola semua !

Haa ape kabar semua ? Sihat ?
Okayy harini aku nak kongsikan satu lagi cerita yang menarik. Aku dan rakan-rakan telah diberikan satu tugasan yang kreatif dalam simpulan bahasa.  Haa... Mesti nak tahu kan apa tugasan itu...

Okayy... Tugasan yg diberikan adalah dengan mengambil gambar mengikut kata simpulan bahasa. Jadi hasil gambar tersebut mestilah menunjukkan maksud kata tersebut.

Haaa....kerjanya nampak mudah tapi renyah. Kami terpaksa berebut dengan rakan-rakan kumpulan yg lain dalam memilih kata simpulan bahasa tersebut. Kalau dapat yang mudah, ianya akan jadi mudah. Namun sebaliknya jika susah ianya akan jadi lebih susah untuk menghasilkan gambar bagi memberikan makna sebenar maksud gambar tersebut.

Jadi, di bawah ni aku ade sempatlah menghasilkan satu gambar yg bermakna. Hahahaha.... Harap jgn kecam ye ✌🏻.

BBM3410/18 : Kalendar 2019




Hola Semua .

Minggu ini hario yang sangat seronok tapi perlu dibayar dengan harga yang mahal.
Kelas lain batal tapi ade satu kelas atas talian kena buat iaitu kelas multimedia.
Haaa ... dengan perkhabaran berita itu, membuatkan aku rasa sangat gembira dan sayang sangat dekat Prof  Normaliza ni.

Keterujaan aku terhenti seketika kerana terpaksa melakukan tugasan atas talian ini.
Aku redha dengan ketentuan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, berbekalkan ilmu, bakat dan pengalaman yang aku kecapi dengan Abg Syuk, aku sangat mudah untuk melakukan tugasan ini di samping keluarga tersayang.... ( ehhhh... macam takde kaitan je kan yang hujung tu. heeeee :) )

Haa saat yang dinantikan telah tiba... nampak macam mudah tetapi kerjanya sangat rijik. Namun begitu rintangan ini aku dapat hadapi dengan bantuan kawan-kawan.

Jadi bila budak bahasa belajar multimedia ini lahh hasilnya....
Selamat menonton sahabat sekalian .



Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : Kita Tentukan Siapa Diri Kita.

Assalamualaikum & Salam sejahtera 

Hola sahabat blogger. Hari ini saya akan menceritakan tentang siapa diri kita. Penentuan jalan hidup kita semuanya dipilih oleh diri kita. 

Kita yang menentukan siapa diri kita. 

Pernahkah anda terfikir, siapa diri anda pada 5 tahun, 10 tahun atau 20 nanti?

Apa yang kita lakukan hari ini, akan menentukan siapa diri kita pada masa akan datang.
Bermula dari awal pagi lagi, kita yang menentukan sama ada mahu terus bangun atau menyambung tidur.

Seorang cendekiawan lampau (saya lupa nama beliau) ada berkata,

"Usia yang panjang, jangan dipendekkan dengan tidur."

Kita juga yang membuat keputusan mahu menonton rancangan televisyen & bukannya membaca buku atau menambah ilmu pengetahuan.

Saya percaya, mungkin 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun nanti jika kita masih bernafas, kita berharap agar dapat kembali ke masa sekarang.
Untuk mengubah semula apa yang kita lakukan pada masa sekarang.

Fikir-fikirkanlah. Selamat petang. Jumpa lagi dalam ruangan yg akan datang. Terima kasih 🙂.

BBM3410/18 : Luahan

 Luahan ..

###########

"Kalau orang benci kita, buat tak tahu atau benci balik?"

Sedaghe,
Orang tak suka kita, itu masalah dia. Bukan masalah kita.
Buat apa nak fikir? Buang masa.

Kau jadi diri sendiri je. Fokus pada diri kau je. Pergi mampus semua orang. Hidup ni bukan untuk puaskan hati semua orang atau ikut rentak orang.

Sama juga dengan pendapat, orang tak boleh terima pendapat kita, itu masalah dia bukan masalah kita. Tak perlu buang masa. Mencari kebenaran kononnya. 

Hahahahaha .....

Peace Yaw  !


Sedaghe,
Ketika alasan sentiasa mudah dicari.
Ketika itulah kejujuran lebih kerap dipaksa bersembunyi.


Saya tinggalkan utk sedaghe ungkapan di atas sebagai pengakhiran.
Jumpa lagi yaa sahabat blogger .

BBM3410/18 : Seni Foto ‘Style’ Kaedah ‘Flat Lay’


 Salam Sejahtera

Hai sahabat blogger semuanya. 

'yawww'

Anda ingin tahu tips menarik ambil gambar yang mudah bagi menghasilkan kelainan dalam gambar yang diambil ?

Mahu gambar kelihatan lebih 'style' walaupun dengan menggunakan barang-barang sedia ada sahaja?

Relaks Bro ! Chill . Kaedah Flat Lay menjanjikan keunikan dan pasti memukau pandangan sesiapa jua yang melihatnya.

Okay. Sebelum itu, saya akan kongsikan 5 Tips Foto Guna Kaedah Flat Lay

1. Bahan Utama & Prop Mengikut Tema
2. Background Yang Cantik & Bersih
3. Pencahayaan Yang Mencukupi
4. Atasi Shadow Berlebihan
5. Susun Ikut Kreativiti

Di sini juga, saya kongsikan beberapa jenis Flat Lay :

1. Flat Lay
2. Half Flat Lay
3. Quater Flat Lay
4. Zero Flat Lay

Tips yang cukup mudah dan praktikal ini sangat menyeronokkan. Kita hanya gunakan barangan sedia adad di dalam beg sahaja dan barangan lain. Sangat berbaloi !

Di sini saya sertakan beberapa foto Flat Lay menarik .



















Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : Terbang Tinggi

Asalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Hai sahabat blogger sekalian, saya harap anda sihat selalu :)

Okay, seperti biasa post saya pada kalini adalah dengan berkongsikan pengalaman saya menyertai Program Ke Luar Negara mewakili Universiti Putra Malaysia. Pertama sekali, saya tak pernah pon merasa naik kapal terbang. Selama ni saya hanya tengok kapal terbang berlegar-legar di ruang angkasa. Hahahahaha...... mesti kelakar bila difikirkan balik. Jadinya saya teringin nak merasa naik kapal terbang. Teringat lagi zaman dulu masa kecil, kalau ada kawan yang pernah naik kapal terbang, saya akan beriya-iya tanya kat kawan pengalaman mereka naik kapal terbang. Terbayang-bayang saya dibuatnya bila mereka bercerita.

Haaa... nak dijadikan cerita, kebetulan rezeki saya pada masa tu sebab aktif sangat dengan persatuan, pada tahun hujung tahun 2016 dan awal tahun 2017, saya terpilih mewakili program ke Thailand. Tapi masa tu masing-masing kena cari sponsor mimima 1200. Sumpah susah giler nak cari sponsor pada masa tu. Gigih saya dan kawan-kawan mencari sehingga tebalkan muka demi mencari sponsor. Dari satu syarikat ke satu syarikat kami cuba approach tapi satu syarikat pon tak nak bagi. Cuma ade satu syarikat je tapi dia bagi hamper makanan. Terima kasih. Masa tu saya dah hampir give up bila fikir bertapa susahnya nak cari sponsor. Akhirnya saya mesej semua no. kenalan dalam telefon bimbit untuk tanya individu-individu yang mereka kenal yang sudi memberi sumbangan. Selepas itu, Alhamdulillah, saya telah dapat sponsor sebanyak RM1300 daripada kenalan dan saudara terdekat. Terima Kasih Semua :). Masa tu saya rasa macam nak nangis bila lihat akaun ada  RM1300 tu. Alhamdulillah, dapat jugak aku naik kapal terbang untuk ke Thailand. 

Ohh ya, sebenarnya naik kapal terbang ni takde rasa seronok sangat. Aku rasa, naik bas lagi seronok sebab sekiranya bas tu boleh sampai ke destinasi dengan cepat seperti kapal terbang. Hahahaha .... Sebab bosan jugak sebenarnya naik kapal terbang ni. Lagi-lagi kalau destinasi yang kau nak pergi tu sangatlah jauh. Memang kematu punggung anda . Hahahahaha . Lagi pun, kalau kita naik kapal terbang ni, tengok awan jelahh. Kalau naik bas, mungkin kau boleh lihat pemandangan sekitar sepanjang perjalanan. Lagi-lagi kalau naik AirAsia, yang sempit tu, kaki ni terlebih panjang dan rasa macam tak muat. hahahahaa. Namun, saya tetap berterima kasih dengan AirAsia sebab dengan AirAsia lah saya dapat terbang tinggi ke mana saya suka dengan bajet yang murah. 

Program ke Thailand ini merupakan Malaysia Thailand Education Exchange Programme (MATEP). MATEP ini berlangsung selama 2 minggu bermula dari Chiang Mai - Chiang Rai - Bangkok. Dah nama pun program persatuan, jadi lawatan ke Thailand ni penuh dengan aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan. Selain itu, diselit juga dengan lawatan ke tempat-tempat menarik dan bersejarah. Jadinya saya akan kongsikan beberapa foto yang menarik semasa di MATEP ni. 




Pemandangan Swafoto Dari Kuil Wat Phra That Doi Suthep



Di Grand Canyon



Bersama Dengan Barisan MPP Mae Fah Luang Universiti


Kami Bertandang di Kedutaan Bangkok 



Beramah Mesra Bersama Ketua Kedutaan Malaysia Bangkok

Bersama dengan Warga Penduduk Muslim di Bangkok


                                                                                   



Walau bagaimanapun, saya ingin berterima kasih dengan sponsor perjalanan saya. Berkat dengan wang tersebut saya dapat menjelajah dan mempelajari budaya baru di negara asing. Sememangnya pepatah Melayu ada berkata "Jauh Berjalan, Luas Pandangan" dan akhirnya kini baru saya fahami makna sebenar peribahasa tersebut. Saya gunakan manfaat dan peluang ini untuk memperoleh pengalaman dan ilmu yang baru di luar dari kebiasaan saya. 

Paling penting, ingatkan diri yang niat kita bukan bercuti. Mentalitinya harus berbeza.

Matlamat kita bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tak guna tinggal di luar negara kalau akhlak dan iman kita merosot berbanding orang yang pilih untuk tinggal di Malaysia.
Matlamat kita bukan untuk berseronok. Bila di luar sana, banyak benda yang akan buat kita takut dan tertekan. Banyak masalah menyakitkan yang kita tak perlu depani di bumi sendiri.
Matlamat kita ialah supaya tebaran persepsi kita lebih luas dari dulu — supaya kita belajar sesuatu, tentang diri kita, tentang dunia di luar sana, dan tentang menghargai keindahan pengalaman harian kehidupan.

Sekian saja coretan ceritera. Babaiii !!!

BBM3410/18 : Pemikiran, Fahaman dan Kepercayaan


Hola ! Hai sahabat blogger sekalian.

Hari ni saya akan berkongsikan pendapat mengenai persepsi orang dalam media sosial.

Dalam media sosial ni saya belajar satu benda. Pemikiran, fahaman dan kepercayaan orang lain adalah satu perkara yang sukar untuk kita ubah. Apa yang kita fikirkan logik, tidak semestinya sama bagi orang lain.

Sebab itulah budaya perli memerli, hentam menghentam, hina menghina bagi membuktikan orang lain salah itu tidak bagus. Dan kerana itu jugalah saya sudah mengundurkan diri dari memberi komentar terhadap status yang berbaur negatif.

Bagi saya ia kurang manfaat dan tidak berkesudahan.

Jika wujud dari rakan kita yang kerap membuat status yang bercanggah sehingga membuatkan pelayaran kita di media sosial menjadi perkara yang tidak seronok, maka kita boleh “unfollow” atau “unfriend” sahaja mereka ini. 

Facebook tidak akan beri notifikasi pun kepada tuan empunya akaun bahawa beliau baru sahaja kehilangan friend atau follower. Facebook hanya memberi tahu bila ada friend request atau pertambahan follower baharu. 

Cuba bayang kalau kita dapat notifikasi siapa unfriend atau unfollow, mesti sentap kan? Tapi ini hanya cadangan saya saja. Kalau tak setuju dan tidak suka tak mengapa. Senyum. 

Sekian.

Sumber : Mohd Faisal 



BBM3410/18 : Kelas Atas Talian

Assalamulaiakum & Salam Sejahtera semua sahabat blogger sekalian. 

Haiii .... 

Okay kali ni saya akan berkongsikan kelas atas talian yang diberikan oleh Prof Normaliza. Pada Minggu ke-4, Prof telah membekalkan kami semua dengan tugasan individu yang menggunakan portal PutraBlast secara atas talian. 

Apa yang menariknya ialah kami semua diwajibkan menjawab tugasan tersebut dengan mengikut ketetapan arahan Prof Normaliza. 

Antara arahan yang diberikan oleh Prof adalah seperti berikut :

Tugasan individu


1. Berikan persepsi anda tentang jenis-jenis media sosial / media teknologi yang terdapat dalam bab 1 buku BOOM (minima 100 patah perkataan, maksima 150 patah perkataan)

2. Pilih salah satu media sosial/ media teknologi tersebut (bab 1) dan bincangkan (minima 100 dan maksima 150 patah perkataan) bagaimana anda menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di universiti.

3. Emelkan tugasan di drnormaliza@gmail.com

4. jika tidak mengikut arahan, emel anda akan dipadam dan tiada markah individu. 

5. Tugasan hanya boleh emel pada pukul 2- 3 petang SAHAJA. jika awal atau lambat, emel anda akan dipadam dan tiada markah untuk tugasan ini. 

Walau bagaimanapun, tugasan kali ini amat menguji kesabaran kami kerana masih menjadi tanda tanya “di manakah markah kami menghilang?” Hahahahahaha….




Sekian saja coretan saya pada kali ini. Tatatata


Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18 : Asas Grafik Yang Menarik !

Asas Grafik

Hola !

Hai semua. Awak semua ingatkan haritu saya ade kongsikan tentang posting yang lalu tentang subjek Multimedia kan . Haa harini saya akan kongsikan coretan ini.
Pada minggu kedua kuliah BBM3410, Prof Dr Normaliza telah berkongsikan 5 ciri-ciri asas grafik kepada kami.
Antara cirinya :
- Mudah
- Teks
- Warna
- Keseimbangan
- Kesesuaian
Selepas itu, Prof telah memberikan kami tempoh bagi menyiapkan tugasan asas grafik ini mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.






BBM3410/18 : Kuliah Pertama

Assalamualaikum semua.
Hai semua.

Okay posting kali ni saya ingin berkongsikan tentang subjek BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA

OKAY, pada kuliah pertama pesyarah kami(Prof Dr. Normaliza) telah memperkenalkan diri beliau.
Sepanjang kelas multimedia, Prof Dr. Normaliza berkongsikan rangka kursus subjek ini dan memberikan skop kerja kursus yang bakal diberikan kepada pelajar. Haaa.. Sebelum itu, Prof mewajibkan kepada kami semua untuk membeli buku beliau untuk dijadikan rujukan subjek multimedia ini. Bukunya bertajuk BOOM & 200 Quotes.

Selepas itu, Prof mengarahkan kepada kami untuk mewujudkan kumpulan tugasan untuk tugasan asas grafik. Kami diarahkan utk membawa mounting board, majalah, gam, reben dan sebagainya.
Saya rasa tidak sabar untuk melakukan tugasan asas grafik ni. Nantikan posting akan datang ye sahabat.

Sekian. Tatata ‍♂️‍♂️‍♂️‍♂️