Sunday, November 18, 2018

BBM3410/18 : Sendirian

Hidup ini ....

Ada masa kita rasa sendirian. Lemah dan tidak kuat. Hilang punca ketabahan dan kecekalan. Tidak tahu kepada siapa mahu mengadu, siapa yang mampu menyelesaikan masalah kita.

Akhirnya air mata menitis, jiwa hiba, rasa ingin berputus asa.

Sebenarnya demikianlah hakikatnya bila seseorang teruji. Dia akan teraba-raba. Kerana dia hanya manusia biasa. Punya perasaan yang boleh terganggu, punya minda yang boleh terkacau.

Demikianlah Allah menceritakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 214, apabila difirmankan bahawa Rasul dan orang-orang yang berada bersama Rasul sendiri, saat teruji dengan dugaan tersangat hebat, mereka juga hingga bertanya: "Bilakah mahu datangnya pertolongan Allah?" sedangkan mereka sangat tahu bahawa pertolongan Allah akan datang. Hingga mereka perlu diingatkan dengan ayat: Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Tetapi di sinilah juga penawarnya.

Rasul dan orang-orang yang bersamanya ialah golongan yang punya iman. Walaupun saat mereka teruji mereka juga mungkin disergah rasa lemah dan ketakutan, tetapi iman akan mengembalikan kekuatan.

Apabila diingatkan bahawa pertolongan Allah amat dekat, iman mereka memberikan respon positif, lantas memunculkan kekuatan yang tadinya tenggelam sebentar dek fitrah manusiawi.

Di sini peri pentingnya kita mendidik diri dengan iman. Supaya iman dan keyakinan itu akan mampu menjadi pemujuk dan cahaya saat kita galau dan teraba-raba. Ya kita akan resah, kita akan gelisah, kita akan ragu-ragu, tapi jika kita beriman, itu semua akan berlalu.

Kita akan berlari ke arah keimanan. Meninggalkan galau dan duka, lemah dan putus asa. Sangka baik kepada Tuhan dan keyakinan bahawa Dia ada akan menjalar jiwa. Kekuatan mula menyapa.

Kita akhirnya akan mampu sedar,
kita tidak bersendirian sebenarnya.

Muhasabah.

Related Posts:

  • BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah Hai semua harini saya nak berkongsi tentang nota video tanpa wajah. semoga bermanfaat. 1. Pilih lagu dan papan cerita - Ini adalah langkah paling terpenting dalam proses membuat video ini. Papan cerita seharusnya berkait d… Read More
  • BBM3410/18 : Asas Grafik ( Nota ) Hai semua.  Apa Khabar ? Harap semuanya sihat.  Okay.. Harini saya akan kongsikan satu nota ringkas yang berkaitan dengan Asas Grafik. Anda tahu apa itu grafik ? Jadi marilah kita sam-sama menyelami dan… Read More
  • BBM3410/18 : Rumah Pertama Anak muda ramai yang teruja nak sediakan modal untuk beli rumah pertama, sampai lupa asingkan untuk tabung kecemasan juga. Mula-mula kau kena kira berapa simpanan kecemasan kau kena ada. Biasanya 3 bulan gaji. Gaji RM… Read More
  • BBM3410/18 : Video One Shot ( Rakaman) Hai semua.  posting kalini akan berkongsikan tentang pembikinan Video One Shot. Semoga Ilmu yang dikongsikan sangat bermanfaat. Definisi One Shot  One Shot (1S) adalah arahan pengarah untuk mengarahkan k… Read More
  • BBM3410/18 : Papan Cerita ( Pembikinan ) Hai semua .  Selamat membaca ya ..... Kenal Papan Cerita  Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk, sebelum melakukan aktiviti multimedia, papan cerita ada perkara yang perlu diambil kita … Read More

0 comments:

Post a Comment