Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18 : Asas Grafik Yang Menarik !

Asas Grafik

Hola !

Hai semua. Awak semua ingatkan haritu saya ade kongsikan tentang posting yang lalu tentang subjek Multimedia kan . Haa harini saya akan kongsikan coretan ini.
Pada minggu kedua kuliah BBM3410, Prof Dr Normaliza telah berkongsikan 5 ciri-ciri asas grafik kepada kami.
Antara cirinya :
- Mudah
- Teks
- Warna
- Keseimbangan
- Kesesuaian
Selepas itu, Prof telah memberikan kami tempoh bagi menyiapkan tugasan asas grafik ini mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.






BBM3410/18 : Kuliah Pertama

Assalamualaikum semua.
Hai semua.

Okay posting kali ni saya ingin berkongsikan tentang subjek BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA

OKAY, pada kuliah pertama pesyarah kami(Prof Dr. Normaliza) telah memperkenalkan diri beliau.
Sepanjang kelas multimedia, Prof Dr. Normaliza berkongsikan rangka kursus subjek ini dan memberikan skop kerja kursus yang bakal diberikan kepada pelajar. Haaa.. Sebelum itu, Prof mewajibkan kepada kami semua untuk membeli buku beliau untuk dijadikan rujukan subjek multimedia ini. Bukunya bertajuk BOOM & 200 Quotes.

Selepas itu, Prof mengarahkan kepada kami untuk mewujudkan kumpulan tugasan untuk tugasan asas grafik. Kami diarahkan utk membawa mounting board, majalah, gam, reben dan sebagainya.
Saya rasa tidak sabar untuk melakukan tugasan asas grafik ni. Nantikan posting akan datang ye sahabat.

Sekian. Tatata ‍♂️‍♂️‍♂️‍♂️




BBM3410/18 : Kau Aku dan Kita

Assalamualaikum Semua !!!
Hai.. Sahabat Blogger .

Ini adalah posting pertama saya di blog ini. 
Akan saya mulai dengan perkenalan terlebih dahulu. Blog ini ditulis oleh seorang anak muda yang mencuba untuk memanfaatkan waktu  selama berkuliah.
Daripada melakukan perkara yang sia-sia lebih baik saya nukilkan satu cerita yang menarik untuk dikongsikan bersam-sama.
Nama saya THALHA PHUZE. Kengkwan panggil saya Toha @ dakToha


Saya sekarang berada di tahun akhir pengajian ijazah sarjana BLM di UPM.
Di sini saya juga masih belajar. Jadi, mohon maaf apabila ada kekurangan mahupun kesalahan dalam artikel-artikel yang akan saya tulis nantinya. 

Untuk itu, Majulah Sukan Untuk Negara *W0yy... Salah topik woyy!!
Ahahahaa... Maafkan hamba sahabat. Inilah akibatnya kalau seseorang menulis blog untuk kali pertama, tanpa disertai dengan keimanan yang kuat. Wkwkwk 

Semoga dengan perantara blog ini, saya dapat memberikan sedikit informasi dan pengetahuan tentang hal-hal yang bermanfaat. Dan semoga blog ini dapat menjadi wadah bagi artikel dan posting yang menarik untuk  masa hadapan.

Untuk itu, terima kasih kepada siapapun yang telah membuka blog saya apalagi yang berkenan membaca tulisan saya kali ini.

Sekian dalam posting saya kali ini. Mohon maaf sekiranya ada kata-kata yang tidak berkenan di hati sahabat blogger.