Sunday, December 16, 2018

BBM3410/18 : Selamat Datang 2019 !

Selamat pagi semua. 

Hai..... Apa khabar ? 
Semoga sihat semuanya 😄. 

Okayy . Sebenarnya aku ingin mengucapkan selamat datang kepada 2019. Sedar tak sedar. 
Disember ini semakin cepat meninggalkan kita semua untuk menuju ke tahun 2019. 

Jadinya, dengan kehadiran tahun 2019 ini. Aku telah menghasilkan satu kalendar 2019 yang unik dan cantik. 

Haaaa ini lah hasil karya aku:





Haa amacam kalendar yg aku hasilkan. Baik tak baik ? Hahahahaha . 


Harap korang semua enjoy. Bye semua . Jumpa lagi tahun depan . Hahahaha 


BBM3410/18 : MukaBuku

Hai semua .
Harini aku nak kongsikan beberapa kepingan gambar beserta kapsyen aku di media mukabuku.

Nahh .....



Haaa nampak tak kemesraan aku dengan Prof. Sweet tak kami berdua. Hahahaha jgn jeles ye korang. Kahkahkah

Okaylahhh . Setakat itu sahaja.

Thursday, December 6, 2018

BBM3410/18 : Tweet & Retweet

Hai semua .

Saya nak kongsikan ragaman rakan-rakan saya dalam laman sosial Twitter. Haaa... Mari kita saksikan... 



Haa setakat ini sahaja saya kongsikan . Heee ✌️

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah


Hai semua

harini saya nak berkongsi tentang nota video tanpa wajah. semoga bermanfaat.

1. Pilih lagu dan papan cerita
- Ini adalah langkah paling terpenting dalam proses membuat video ini. Papan cerita seharusnya berkait dengan lagu supaya ia dapat memberikan satu penyampaian yang menarik kepada penonton.

2.  Pilih titik Fokus
- Titik fokus dalam video ini harus ditekankan kerana ia akan memberi kelainan dan menarik minat penonton. pemilihan objek seperti tangan atau jari. selain itu, bentuk seperti barangan juga bole diberikan sebagai pengganti bagi objek yang berlainan.

3. Sudut Rakaman.
- Ini adalah proses terpenting dalam pembuatan video. Hal ini demikian kerana, sudut rakaman yang menarik dapat menghasilkan rakaman yang menarik dan cantik. Jadi, pemilihan sudut ini sangat memainkan peranan dalam menghasilkan sudut pandangan yang dinamik dan menarik.

4. Suntingan
- Dalam proses menghasilkan video, proses ini adalah proses yang terakhir kerana proses ini yang akan menyunting dan menggabungkan video yang diambil dan disunting bagi memberikan satu sentuhan yang menghasilkan visual yang dinamik dan berkualiti.

Okay. itu sahaja perkongsian saya pada kali ini.

BBM3410/18 : Video One Shot ( Rakaman)


Hai semua. 

posting kalini akan berkongsikan tentang pembikinan Video One Shot. Semoga Ilmu yang dikongsikan sangat bermanfaat.

Definisi One Shot 

One Shot (1S) adalah arahan pengarah untuk mengarahkan kamera ke objek yang dikehendaki. Biasanya, pengambilan video dalam bentuk medium shot yang tertumpu pada objek dalam orang ramai.

Video One Shot terbahagi kepada tiga :
  • One Shot One layer
  • One Shot Two layer
  • One Shot Three layer

One Shot One layer
  • Dalam proses membuat video ini, kita hanya berfokus pada latarbelakang yang kosong dan hanya objek yang terlibat .
One Shot Two layer
  • Rakaman ini hanya dibuat berdasarkan 2 lapisan yang melibatkan pergerakan tanpa ada gangguan dari sebarang pembentuk pergerakan yang lain dibelakang objek yang berfokus. contohnya, lapisan pertama penyanyi dan lapisan kedua adalah penari.
One Shot Three layer
  • Penghasilan rakaman ini berdasarkan 3 lapisan yang merangkumi 2 lapisan sama seperti one shoot two layer, tetapi ditambahkan dengan satu lapisan lagi dalam pergerakan yang spontan.
okay itu sahaja perkongsian pada kali ini.

BBM3410/18 : Papan Cerita ( Pembikinan )


Hai semua . 
Selamat membaca ya .....

Kenal Papan Cerita 


Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk, sebelum melakukan aktiviti multimedia, papan cerita ada perkara yang perlu diambil kita terlebih dahulu. ia merupakan perkara wajib dalam multimedia kursusnya untuk membuat animasi. Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia. setiap lakaran yang ada pada skrin aplikasi multimedia mesti ada papan cerita. Dalam melakar papan cerita kita perlu mengaplikasi konsep reka letak agar setiap rekaletak itu memberi fungsi yang baik pada setiap paparan multimedia tersebut. Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan aplikasi multimedia.


Tujuan Papan Cerita Dibangunkan

Gambaran kasar perisian dan panduan utama kepada pengarangan perisian.
  • Gambaran bagaimana setiap skrin dikaitkan dgn skrin seterusnya. 
  • Gambaran bagaimana setiap objek berfungsi dalam skrin


Langkah-langkah Membangunkan Papan Cerita 

1. Susun semua maklumat dan elemen media. 

2. Mengkaji rasional memilih media tersebut. 

3. Membuat carta alir (flowchart) atau garis panduan skrin secara umum. 

4. Penulisan teks untuk papan cerita di peringkat awal. 

5. Menyemak kesesuaian kandungan dengan konteks yg ingin disampaikan. 

6. Membina hubungan maklumat daripada 1 papan cerita kepada yang lain. 

7. Mengkaji semula carta alir dan papan cerita yg dihasilkan.


Kepentingan Papan Cerita 

 Membantu kita merancang animasi dari 1 gambar ke 1 gambar lain 

 Membantu untuk meletakkan unsur-unsur mendebarkan dan menarik 

 Membolehkan kita membuat sebarang perubahan aksi sebelum memulakan proses animasi 

 Mempersembahkan ‘storyboard’ kepada orang lain untuk mendapatkan maklum balas tentang idea      tersebut


Jadi selamat mencuba untuk mebina papan cerita anda .... semoga berjaya sahabat !


BBM3410/18 : Asas Grafik ( Nota )


Hai semua. 
Apa Khabar ? Harap semuanya sihat. 

Okay..

Harini saya akan kongsikan satu nota ringkas yang berkaitan dengan Asas Grafik.

Anda tahu apa itu grafik ? Jadi marilah kita sam-sama menyelami dan memahami, semoga ilmu yang diberikan bermanfaat. 

Grafik boleh didefinisikan sebagai sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau menggunakan teknologi komputer. Seni grafik berkomputer digunakan secara meluas dalam dunia kejuruteraan, industri berat, animasi dan perfileman. Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin komputer.

Prinsip Grafik 

Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah, kesesuaian, penegasan, dan pengulangan. 

(Warna & Teks)

Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan perbezaan-perbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi (teks). Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar dan, warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.

Keseimbang 

Kesimbangan merupakan susun atur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Keseimbang menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian visual, sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu timbangan yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Malahan, kesimbangan juga  mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi bentuk atau kedudukannya. Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian.

Mudah

Mengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan. Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan 
perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.

Kesesuaian

Kesesuaian merupakan elemen yang berkaitan bersama dikumpulkan supaya berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah. Elemen-elemen yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan. Mereka perlu saling melengkapi antaran satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang disampaikan. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan anak panah, garisan, bentuk, warna, tekstur dan ruang.

Penegasan 

Penegasan diberikan untuk menjadikan sesuatu idea tumpuan minat dan fokus utama. Penggunaan bentuk, warna, bentuk, garisan, hubungan, dan perspektif dapat menegaskan idea agar dapat dilihat dan difokus.

Nah.. inilah kesemua prinsip asas grafik yang perlu kita memahami bagi menghasilkan gambaran grafik yang menarik. terima kasih 

Sunday, November 18, 2018

BBM3410/18 : Janganlah Takut Untuk Sendiri

Hai semua.
Harini kita tukar selera sikit. Aku nak kongsikan coretan dari seberang Indonesia yang amat aku minat.

Jadi aku akan terus kepada nukilan tersebut.
Janganlah takut untuk sendiri. Inginlah menjadi seperti mereka yang pandai dalam menjaga. Menjaga hati, perbuatan, dan pandangannya. Sayangnya memanglah sulit untuk menjadi peribadi seperti mereka, terlanjur sulit hingga akhirnya hati ini lebih memilih melihat mereka yang lain yang memperlihatkan kewajaran atas apa yang dilakukannya. Menurutnya itu menyenangkan, membahagiakan, ini hanya untuk mengisi waktu lapang saja, dan juga agar lebih bersemangat lagi dalam belajar. Sungguh, niat yang baik akan tersilap jika dilakukan dengan cara yang tidak baik. Kita tahu mana yang terbaik, tapi kesalahan yang dibalut dengan kesenangan akan perlahan menang, dan kebaikan yang sesungguhnya menjadi sirna. Perlahan dan selamanya akan hilang, tidak berbekas di palung hati.

Semoga aku, kita dan mereka menjadi peribadi yang diidam-idamkan para calon penghuni syurga. Mari berusaha, sebab syurga itu bukan murah.

Aamiin.

Coretan daripada : Panji Ramdana


BBM3410/18 : Diam Membisu

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham artinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM…

Kredit : bingkisanrindu

BBM3410/18 : Prof Selebriti

Apa khabar semua.

Aku malas nak buat mukadimah.....


Jadi akunak bagi tahu rupa-rupanya Prof selalu menghiasi wajahnya di kaca TV atau sudah menjadi popular.

Aku ingatkan Prof ku ini hanya orang akademik sahaja, rupanya golongan selebriti juga. hahahahaha.... macam tak caya je kan...

Haaaa ... untuk tidak lari dari cerita sebenar, Prof kami ni telah bekalkan tugasan yang sangat mencabar. Bukan calang-calang tugasan pada waktu ini.

Memandangkan tugasan ini bertujuan untuk menggantikan hari isnin yang tiada kelas dan kami diberi tugasan online .

Tugasnya apa? Tak lain tak bukan Prof mengejutkan kami dengan kehadirannya dalam kaca televisyen.


Tv Al-Hijrah menjemput beliau sebagai tetamu undangan untuk membicarakan tajuk berkaitan Martabat Bahasa Melayu.

Itulah tugasan kami mesti mengambil gambar Prof dan memuat naik dalam instagram.

Stail dan moden tugasan kami pada kali ini.

Dengan itu, takjub dan bangganya kami pada Prof di atas curahan ilmu kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sekian. 



BBM3410/18 : Ragaman Kau

Aku baru je terjebak dengar lagu ni. Waktu sesat kat kubur Cina hari tu.

Pada mulanya aku dengar lagu ni disebabkan muzik dia. Tetapi setelah aku tonton video klip dia, barulah aku faham 100% apa mesej sebenar lagu ini.

1. Kalau nak hidup berdua, banyak ragam yang akan kita kena hadapi. Bagi seorang lelaki seperti aku, walaupun masih bujang dan pernah bercinta dan putus dan pergi jahanam, aku tafsirkan ragaman perempuan yang selalu buat lelaki tak keruan.
2. Perempuan ni sebenarnya dia sendiri pun tak faham diri dia tapi dia mintak lelaki faham dia. Ini adalah antara masalah terbesar yang kaum lelaki kena belajar dan hadap sampai mati.
3. Perempuan tak reti nak berterus terang. Merajuk, suka pendam, berkias. Ada masalah lebih suka cari kawan-kawan. Jadi korang dah tahulah kenapa 99% kuman dekat KRT itu adalah perempuan.
4. Perempuan sangat sensitif. Hal-hal kecik akan dianggap besar. Bila lelaki gagal untuk faham benda ni, 99% perempuan akan anggap lelaki tu tak hargai dia.
5. Perempuan sebenarnya faham. Tetapi jarang nak buat-buat faham. Sebagai contoh dia tahu kita penat, dia ajak keluar. Nanti bila dah jumpa dia akan cakap "kesian kan awak penat".
6. Bila dengan lelaki yang dia sayang, nak buka peti ais pun tak larat. Bila takda lelaki dia, Gunung Everest pun dia daki.
7. Perempuan cakap lain, tapi dalam hati lain. Cakapnya selalu menyakitkan hati, tapi dalam hati masih sayang. Mintak putus, minta cerai, padahal dia nakkan perhatian. Tetapi yang ajaibnya diorang ni, kalau dah putus ke apa, mudah sangat dia dapat pengganti baru . Macam minum air tebu ikat tepi.
8. Perempuan kalau dah sayang, spender kau pun dia rasa wangi. Tetapi kalau dia dah mula benci, sabun dettol pun dia cakap bau kaki.
9. Perempuan selalu betul.

Kesimpulan dia, aku faham apa yang Faizal Taher nak sampaikan melalui mesej lagu ni. Sabar, sabar, sabar. Sebab bila dia tiada, kita akan merindui segalanya tentang dia. Nikmat bercinta, hidup berdua sampai tua akan dikenang bila tiba hari tua kelak. Nak nak kalau salah seorang pergi dahulu. Waktu itulah baru kita tahu yang tuhan dah hadirkan seorang malaikat untuk jaga kita walaupun hanya untuk sementara.

Tahniah adalah ucapan ikhlas dari aku untuk sebuah karya yang genius seperti ini. Yang lari dari tipikal lagu-lagu zaman sekarang.

Kredit : Farhan Ismail

BBM3410/18 : 5 Prinsip Bahagia

Hai semua.

Semua orang nak kan hidup ini bahagia. Oada mereka, kebahagian itu mampu memberikan kepuasan hati dan kegembiraan dalam diri mereka. Jadi kat sini aku ade gariskan beberapa  
PRINSIP BAHAGIA.

1. Bahagia bukan apa yang kita miliki, tetapi apa yang kita rasai. Sebab itulah orang miskin yang tak ada apa-apa pun boleh berasa bahagia.

2. Apabila kita benar-benar yakin Allah swt beri rezeki, kita akan buat apa yang betul. Kalau Allah swt sudah tentukan itu rezeki kita, tak ada siapa yang boleh ambil. Usah takut manusia dajalkan bisnes kita. Kita akan lebih rasa bahagia apabila kita mampu letakkan diri di bawah naungan Allah swt.

3. Kita tak akan rasa bahagia jika bergantung dengan manusia untuk beri kita rezeki. Semua manusia ada kepentingan. Apabila kita sudah tidak penting kepada dia, dia akan tinggalkan kita. Usah “cium tangan” orang untuk hidup.

4. Dalam hidup, kita kena ada “higher purpose.” Soal diri kita, apakah matlamat akhir kerja kita. Kalau setakat nak kejar pangkat, harta dan nama, semua itu tak ke mana-mana. Apabila kita bekerja dengan ada “higher purpose,” kita akan bahagia. Usah stress dengan perkara-perkara kecil dan tak penting.

5. Kalau kita buat bisnes untuk dapat rumah besar dan kereta besar, kita akan dapat rumah besar dan kereta besar. Kalau nasib lebih baik, dapat isteri besar. Sebaliknya kalau kita buat bisnes untuk membawa kebaikan kepada manusia, kita akan dapat bahagia.

BBM3410/18 : Sendirian

Hidup ini ....

Ada masa kita rasa sendirian. Lemah dan tidak kuat. Hilang punca ketabahan dan kecekalan. Tidak tahu kepada siapa mahu mengadu, siapa yang mampu menyelesaikan masalah kita.

Akhirnya air mata menitis, jiwa hiba, rasa ingin berputus asa.

Sebenarnya demikianlah hakikatnya bila seseorang teruji. Dia akan teraba-raba. Kerana dia hanya manusia biasa. Punya perasaan yang boleh terganggu, punya minda yang boleh terkacau.

Demikianlah Allah menceritakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 214, apabila difirmankan bahawa Rasul dan orang-orang yang berada bersama Rasul sendiri, saat teruji dengan dugaan tersangat hebat, mereka juga hingga bertanya: "Bilakah mahu datangnya pertolongan Allah?" sedangkan mereka sangat tahu bahawa pertolongan Allah akan datang. Hingga mereka perlu diingatkan dengan ayat: Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Tetapi di sinilah juga penawarnya.

Rasul dan orang-orang yang bersamanya ialah golongan yang punya iman. Walaupun saat mereka teruji mereka juga mungkin disergah rasa lemah dan ketakutan, tetapi iman akan mengembalikan kekuatan.

Apabila diingatkan bahawa pertolongan Allah amat dekat, iman mereka memberikan respon positif, lantas memunculkan kekuatan yang tadinya tenggelam sebentar dek fitrah manusiawi.

Di sini peri pentingnya kita mendidik diri dengan iman. Supaya iman dan keyakinan itu akan mampu menjadi pemujuk dan cahaya saat kita galau dan teraba-raba. Ya kita akan resah, kita akan gelisah, kita akan ragu-ragu, tapi jika kita beriman, itu semua akan berlalu.

Kita akan berlari ke arah keimanan. Meninggalkan galau dan duka, lemah dan putus asa. Sangka baik kepada Tuhan dan keyakinan bahawa Dia ada akan menjalar jiwa. Kekuatan mula menyapa.

Kita akhirnya akan mampu sedar,
kita tidak bersendirian sebenarnya.

Muhasabah.