Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 : Asas Grafik ( Nota )


Hai semua. 
Apa Khabar ? Harap semuanya sihat. 

Okay..

Harini saya akan kongsikan satu nota ringkas yang berkaitan dengan Asas Grafik.

Anda tahu apa itu grafik ? Jadi marilah kita sam-sama menyelami dan memahami, semoga ilmu yang diberikan bermanfaat. 

Grafik boleh didefinisikan sebagai sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau menggunakan teknologi komputer. Seni grafik berkomputer digunakan secara meluas dalam dunia kejuruteraan, industri berat, animasi dan perfileman. Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin komputer.

Prinsip Grafik 

Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah, kesesuaian, penegasan, dan pengulangan. 

(Warna & Teks)

Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan perbezaan-perbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi (teks). Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar dan, warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.

Keseimbang 

Kesimbangan merupakan susun atur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Keseimbang menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian visual, sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu timbangan yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Malahan, kesimbangan juga  mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi bentuk atau kedudukannya. Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian.

Mudah

Mengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan. Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan 
perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.

Kesesuaian

Kesesuaian merupakan elemen yang berkaitan bersama dikumpulkan supaya berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah. Elemen-elemen yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan. Mereka perlu saling melengkapi antaran satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang disampaikan. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan anak panah, garisan, bentuk, warna, tekstur dan ruang.

Penegasan 

Penegasan diberikan untuk menjadikan sesuatu idea tumpuan minat dan fokus utama. Penggunaan bentuk, warna, bentuk, garisan, hubungan, dan perspektif dapat menegaskan idea agar dapat dilihat dan difokus.

Nah.. inilah kesemua prinsip asas grafik yang perlu kita memahami bagi menghasilkan gambaran grafik yang menarik. terima kasih 

0 comments:

Post a Comment