Saturday, November 17, 2018

BBM3410/18 : Lion Air

Secebis Nota Buat; LA JT 610.

Untuk hati-hati yang telah bertemu Illahi dalam nahas burung besi, moga tenang di sana. Sayang, kamu semua pergi tanpa mengetahui hayat kamu telah tamat.
Seperti aku, akan teruja jika ingin terbang ke awan biru bersama burung besi tapi siapa tahu penentuan hidup kita. Tiada siapa yang dapat jangka melainkan Dia ! Dengan perasaan gembira memegang boarding pass hendak ke satu tempat bertemu keluarga tersayang atau menyambung pelajaran dan melaksanakan tugas, tapi nasib pengakhiran hidup di tangan Tuhan. Ajal lebih dulu menjemput dari tanah yang ingin di tuju.

Barisan yang memenuhi laluan ajal di airport waktu itu tetap tenang tanpa mengetahui 13 minit selepas penerbangan, mereka sudah tidak bernyawa. Tiket yang mereka tempah sebulan sebelum atau sehari sebelum sebenarnya adalah tiket kematian. 189 ajal dijemput Tuhan sekaligus tanpa menyelamatkan satu nyawa pun. Kerana sudah ajal, tiada apa yang dapat melawan ketentuanNya.
Wahai jiwa yang jatuh dalam lautan Tuhan, moga ketenangan milik kalian. Doaku, moga semuanya bersama Tuhan menemui kebahagiaan.

Ucapan Safe Flight diucapkan kerana ada nyawa yang tidak pasti sampai ke tanah tujuan atau terus terbang bertemu Tuhan.

Tenanglah dikau di sana.


Related Posts:

  • BBM3410/18 : Diam Membisu Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen.. Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur.. Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat.. Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes.. K… Read More
  • BBM3410/18 : Lion Air Secebis Nota Buat; LA JT 610. Untuk hati-hati yang telah bertemu Illahi dalam nahas burung besi, moga tenang di sana. Sayang, kamu semua pergi tanpa mengetahui hayat kamu telah tamat. Seperti aku, akan teruja jika ingin … Read More
  • BBM3410/18 : 5 Prinsip BahagiaHai semua. Semua orang nak kan hidup ini bahagia. Oada mereka, kebahagian itu mampu memberikan kepuasan hati dan kegembiraan dalam diri mereka. Jadi kat sini aku ade gariskan beberapa   PRINSIP BAHAGIA. 1. Bahagi… Read More
  • BBM3410/18 : Janganlah Takut Untuk Sendiri Hai semua. Harini kita tukar selera sikit. Aku nak kongsikan coretan dari seberang Indonesia yang amat aku minat. Jadi aku akan terus kepada nukilan tersebut. Janganlah takut untuk sendiri. Inginlah menjadi seperti m… Read More
  • BBM3410/18 : Syantik Gila Bila mana buka Joox, aku memang terkejut lagu "Syantik Gila" ni berada pada carta teratas dalam masa yang begitu singkat. Aku pun cuba nak dengar, sedap sangat kah. Bila dengar, aku tak mampu nak teruskan. Aku tak mampu ha… Read More

0 comments:

Post a Comment