Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : Terbang Tinggi

Asalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Hai sahabat blogger sekalian, saya harap anda sihat selalu :)

Okay, seperti biasa post saya pada kalini adalah dengan berkongsikan pengalaman saya menyertai Program Ke Luar Negara mewakili Universiti Putra Malaysia. Pertama sekali, saya tak pernah pon merasa naik kapal terbang. Selama ni saya hanya tengok kapal terbang berlegar-legar di ruang angkasa. Hahahahaha...... mesti kelakar bila difikirkan balik. Jadinya saya teringin nak merasa naik kapal terbang. Teringat lagi zaman dulu masa kecil, kalau ada kawan yang pernah naik kapal terbang, saya akan beriya-iya tanya kat kawan pengalaman mereka naik kapal terbang. Terbayang-bayang saya dibuatnya bila mereka bercerita.

Haaa... nak dijadikan cerita, kebetulan rezeki saya pada masa tu sebab aktif sangat dengan persatuan, pada tahun hujung tahun 2016 dan awal tahun 2017, saya terpilih mewakili program ke Thailand. Tapi masa tu masing-masing kena cari sponsor mimima 1200. Sumpah susah giler nak cari sponsor pada masa tu. Gigih saya dan kawan-kawan mencari sehingga tebalkan muka demi mencari sponsor. Dari satu syarikat ke satu syarikat kami cuba approach tapi satu syarikat pon tak nak bagi. Cuma ade satu syarikat je tapi dia bagi hamper makanan. Terima kasih. Masa tu saya dah hampir give up bila fikir bertapa susahnya nak cari sponsor. Akhirnya saya mesej semua no. kenalan dalam telefon bimbit untuk tanya individu-individu yang mereka kenal yang sudi memberi sumbangan. Selepas itu, Alhamdulillah, saya telah dapat sponsor sebanyak RM1300 daripada kenalan dan saudara terdekat. Terima Kasih Semua :). Masa tu saya rasa macam nak nangis bila lihat akaun ada  RM1300 tu. Alhamdulillah, dapat jugak aku naik kapal terbang untuk ke Thailand. 

Ohh ya, sebenarnya naik kapal terbang ni takde rasa seronok sangat. Aku rasa, naik bas lagi seronok sebab sekiranya bas tu boleh sampai ke destinasi dengan cepat seperti kapal terbang. Hahahaha .... Sebab bosan jugak sebenarnya naik kapal terbang ni. Lagi-lagi kalau destinasi yang kau nak pergi tu sangatlah jauh. Memang kematu punggung anda . Hahahahaha . Lagi pun, kalau kita naik kapal terbang ni, tengok awan jelahh. Kalau naik bas, mungkin kau boleh lihat pemandangan sekitar sepanjang perjalanan. Lagi-lagi kalau naik AirAsia, yang sempit tu, kaki ni terlebih panjang dan rasa macam tak muat. hahahahaa. Namun, saya tetap berterima kasih dengan AirAsia sebab dengan AirAsia lah saya dapat terbang tinggi ke mana saya suka dengan bajet yang murah. 

Program ke Thailand ini merupakan Malaysia Thailand Education Exchange Programme (MATEP). MATEP ini berlangsung selama 2 minggu bermula dari Chiang Mai - Chiang Rai - Bangkok. Dah nama pun program persatuan, jadi lawatan ke Thailand ni penuh dengan aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan. Selain itu, diselit juga dengan lawatan ke tempat-tempat menarik dan bersejarah. Jadinya saya akan kongsikan beberapa foto yang menarik semasa di MATEP ni. 




Pemandangan Swafoto Dari Kuil Wat Phra That Doi Suthep



Di Grand Canyon



Bersama Dengan Barisan MPP Mae Fah Luang Universiti


Kami Bertandang di Kedutaan Bangkok 



Beramah Mesra Bersama Ketua Kedutaan Malaysia Bangkok

Bersama dengan Warga Penduduk Muslim di Bangkok


                                                                                   



Walau bagaimanapun, saya ingin berterima kasih dengan sponsor perjalanan saya. Berkat dengan wang tersebut saya dapat menjelajah dan mempelajari budaya baru di negara asing. Sememangnya pepatah Melayu ada berkata "Jauh Berjalan, Luas Pandangan" dan akhirnya kini baru saya fahami makna sebenar peribahasa tersebut. Saya gunakan manfaat dan peluang ini untuk memperoleh pengalaman dan ilmu yang baru di luar dari kebiasaan saya. 

Paling penting, ingatkan diri yang niat kita bukan bercuti. Mentalitinya harus berbeza.

Matlamat kita bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tak guna tinggal di luar negara kalau akhlak dan iman kita merosot berbanding orang yang pilih untuk tinggal di Malaysia.
Matlamat kita bukan untuk berseronok. Bila di luar sana, banyak benda yang akan buat kita takut dan tertekan. Banyak masalah menyakitkan yang kita tak perlu depani di bumi sendiri.
Matlamat kita ialah supaya tebaran persepsi kita lebih luas dari dulu — supaya kita belajar sesuatu, tentang diri kita, tentang dunia di luar sana, dan tentang menghargai keindahan pengalaman harian kehidupan.

Sekian saja coretan ceritera. Babaiii !!!

Related Posts:

  • BBM3410/18 : Kita Tentukan Siapa Diri Kita. Assalamualaikum & Salam sejahtera  Hola sahabat blogger. Hari ini saya akan menceritakan tentang siapa diri kita. Penentuan jalan hidup kita semuanya dipilih oleh diri kita.  Kita yang menentukan siapa di… Read More
  • BBM3410/18 : Kuliah Pertama Assalamualaikum semua. Hai semua. Okay posting kali ni saya ingin berkongsikan tentang subjek BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA OKAY, pada kuliah pertama pesyarah kami(Prof Dr. Normaliza) telah memperkenalkan diri beli… Read More
  • BBM3410/18 : Seni Foto ‘Style’ Kaedah ‘Flat Lay’  Salam Sejahtera Hai sahabat blogger semuanya.  'yawww' Anda ingin tahu tips menarik ambil gambar yang mudah bagi menghasilkan kelainan dalam gambar yang diambil ? Mahu gambar kelihatan lebih 'style' walaupun d… Read More
  • BBM3410/18 : Kau Aku dan Kita Assalamualaikum Semua !!! Hai.. Sahabat Blogger . Ini adalah posting pertama saya di blog ini.  Akan saya mulai dengan perkenalan terlebih dahulu. Blog ini ditulis oleh seorang anak muda yang mencuba untuk m… Read More
  • BBM3410/18 : Luahan  Luahan .. ########### "Kalau orang benci kita, buat tak tahu atau benci balik?" Sedaghe, Orang tak suka kita, itu masalah dia. Bukan masalah kita. Buat apa nak fikir? Buang masa. Kau jadi diri sendiri je.… Read More

0 comments:

Post a Comment