Sunday, November 18, 2018

BBM3410/18 : 5 Prinsip Bahagia

Hai semua.

Semua orang nak kan hidup ini bahagia. Oada mereka, kebahagian itu mampu memberikan kepuasan hati dan kegembiraan dalam diri mereka. Jadi kat sini aku ade gariskan beberapa  
PRINSIP BAHAGIA.

1. Bahagia bukan apa yang kita miliki, tetapi apa yang kita rasai. Sebab itulah orang miskin yang tak ada apa-apa pun boleh berasa bahagia.

2. Apabila kita benar-benar yakin Allah swt beri rezeki, kita akan buat apa yang betul. Kalau Allah swt sudah tentukan itu rezeki kita, tak ada siapa yang boleh ambil. Usah takut manusia dajalkan bisnes kita. Kita akan lebih rasa bahagia apabila kita mampu letakkan diri di bawah naungan Allah swt.

3. Kita tak akan rasa bahagia jika bergantung dengan manusia untuk beri kita rezeki. Semua manusia ada kepentingan. Apabila kita sudah tidak penting kepada dia, dia akan tinggalkan kita. Usah “cium tangan” orang untuk hidup.

4. Dalam hidup, kita kena ada “higher purpose.” Soal diri kita, apakah matlamat akhir kerja kita. Kalau setakat nak kejar pangkat, harta dan nama, semua itu tak ke mana-mana. Apabila kita bekerja dengan ada “higher purpose,” kita akan bahagia. Usah stress dengan perkara-perkara kecil dan tak penting.

5. Kalau kita buat bisnes untuk dapat rumah besar dan kereta besar, kita akan dapat rumah besar dan kereta besar. Kalau nasib lebih baik, dapat isteri besar. Sebaliknya kalau kita buat bisnes untuk membawa kebaikan kepada manusia, kita akan dapat bahagia.

Related Posts:

  • BBM3410/18 : Biar Gambar Berbicara Assalamualaikum sahabat . Hola semua ! Haa ape kabar semua ? Sihat ? Okayy harini aku nak kongsikan satu lagi cerita yang menarik. Aku dan rakan-rakan telah diberikan satu tugasan yang kreatif dalam simpulan bahasa.  … Read More
  • BBM3410/18 : R & Y Homestay Hola semua .  Ape Khabar semua. Harini aku nak promosikan Homestay dari keluarga terdekat aku.  Haaa kalau ade sesiapa yang rancang nak ke Melaka? Jom menginap di R&Y Homestay. Kami menawarkan kemudaha… Read More
  • BBM3410/18 : Lelaki Suka 10 Ayat IniNak kahwin pun susah. Semua mahal bro. Lakilah yang biasa akan pening migrain kepala mikirkannya. Pst! Laki suka dengar 10 ayat ni; 1. "Awak, kita buat majlis kahwin gabung je la. Lagipun rumah kita dekat-dekat je kan. Tetamu… Read More
  • BBM3410/18 : Sendirian Hidup ini .... Ada masa kita rasa sendirian. Lemah dan tidak kuat. Hilang punca ketabahan dan kecekalan. Tidak tahu kepada siapa mahu mengadu, siapa yang mampu menyelesaikan masalah kita. Akhirnya air mata menitis, jiwa hiba… Read More
  • BBM3410/18 : Seminggu Berhari RayaAssalamualaikum wbt semua . Berjumpa lagi kita dalam posting kali ni.  Okay.... aku nak kongsikan satu cerita yang menarik berkaitan tugasan multimedia kali ini. Haaa... kali ini kami semua diberikan tugasan dengan me… Read More

2 comments: